Sunday, July 02, 2006

World cup dan bilik TV bawah tanah

Prolog: Bergegar bilik TV sebelah surau di UKC bila Zinedine Zidane menjaringkan gol untuk Perancis memalapkan impian Brazil merangkul Piala Dunia 1998. International Students (panggil foreigner dia marah) terutama yang hitam manis bersorakan gembira apabila bekas penjajah tanah air mereka di Afrika berjaya menundukkan pasukan pilihan utama Piala Dunia itu. Berbaloi aku turun walaupun susah nak kejutkan Amrillah dari lena.

Bercakap pasal piala dunia yang tengah hangat sekarang ni sehingga melalaikan sesetengah dari kita terhadap kezaliman Israel yang menyerang dan menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi dan juga memaksa kita untuk memilih sama ada nak cakap pasal Mahathir yang yang bijak bermain politik atau kekalahan Brazil pada Perancis semalam, rasanya nak cerita sikit pasal pengalaman piala dunia di UIA.

Sepanjang belajar di UIA ada dua Piala Dunia telah kita lalui (pada mereka yang jadi super senior kira sendiri berapa kali). Piala Dunia yang pertama di USA 1994, masa tu kita kat Matriculation Centre Jln Pantai Baru (tempat paling best untuk bermain dan belajar.... sko****). Ada dua tempat boleh menonton siaran langsung. Satu di kantin Pak Cik Satu Dua... tu pun kalau dia ada mood nak tutup lewat dan satu lagi... tempat paling menarik iaitu di bilik bawah dekat dengan tempat dobi. Apa yang menariknya tentang bilik ni ialah ada yang kata ianya bekas bilik mayat hospital universiti (ada version yang kata hostel tu adalah dulunya hospital). Bilik ni kalau bersorak bergema habis. Untuk world cup tahun tu aku tak ambik tahu sangat, sibuk pergi berlumba kereta kat kotaraya. Daytona betul-betul menjadi pujaan ku dan banyak juga aku 'menabung' kat situ.

Piala Dunia 1998, aku duk dekat UKC, tingkat 4. desas desus krisis Anwar dan Mahathir telah banyak tersebar. Tapi masa tu Umi Hafilda dan Azizan tak glamour lagi. Tilam kat Tivoli Villa pun tak ada orang peduli dan cadarnya masih tak terusik. Masa ni aku main bole petang-petang kat tepi padang dekat dengan hostel sister (lupa dah nama...). Secara tak langsung ada la minat kat piala dunia. Kejayaan Perancis dikatakan menjadi kebanggaan kerana ada pemain yang beragama Islam (tak tahu la pulak negara lain ada yang bangga, tapi di Malaysia kalau ada apa yang dirasakan ada kena mengena dengan kita mendapat kejayaan di peringkat dunia cepat je kita kaitkan dengan diri kita. Tengok la macam mana kita mengagungkan Michelle Yeoh, Jimmy Choo yang dikatakan mengharumkan nama negara. Jadi perlu ke nak berjaya kita kena hijrah kat negara lain baru ada peluang).

Epilog: Piala dunia 2002 mencipta sejarah kerana ketika Turki dan Korea Selatan bertarung, aku telah dikurniakan seorang puteri. Nyaris nak buat nama Ilhan Mansiz yang jaringkan gol untuk Turki.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home